KPM jamin SPM berjalan lancar sepanjang gelombang banjir sehingga Februari


  • Primer
  • Khamis, 12 Dis 2024

Setiap calon pasti mahu menduduki peperiksaan dalam keadaan yang terbaik bagi memastikan masa depan masing-masing.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi jaminan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar sehingga Februari depan meskipun gelombang banjir Monsun Timur Laut dijangka menghadapi negara.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi sejak Oktober bagi memastikan calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan selamat di tengah cabaran musim tengkujuh.

“Kementerian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga sudah mengenal pasti calon yang terbabit banjir termasuk lokasi pusat pemindahan sementara (PPS), tempat mereka berlindung.

BACA LAGI: Mengadu sakit kepala, pelajar SPM meninggal dunia lepas koma sehari sebelum peperiksaan

BACA LAGI: 'Mental fizikal terkesan', ramai merayu menteri tangguh dulu SPM susulan banjir teruk

Kedah APM personnel in rescue operation to evacuate flood victims at Kota Setar district near Alor Setar. About 8000 flood victims were displaced after flood hit six districts in the state since Thursday (Nov 28)// provided pix by APM Negeri Kedah // 30 Nov 2024

Bencana banjir yang melanda boleh menjejaskan peperiksaan.

“Kesemua calon terjejas banjir akan menduduki peperiksaan di lokasi lain yang bebas air dan ditempatkan di asrama serta disediakan guru kaunseling bagi memastikan emosi dalam keadaan terbaik, begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya.

Ruji berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, Kelantan pada Khamis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz.

KPM kini memberi fokus sepenuhnya kepada sekolah, guru serta calon SPM jika banjir gelombang kedua berlaku dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini memaklumkan KPM mengaktifkan Op Payung untuk menangani isu berkaitan persekolahan, peperiksaan dan banjir selain memastikan kebajikan calon SPM terus terjaga sepanjang musim monsun Timur Laut ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram