Ujian lisan BM SPM bermula Isnin akan diteruskan berpandukan Ops Payung — Fadhlina


  • Massa
  • Ahad, 01 Dis 2024

Ujian lisan Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM akan diteruskan seperti yang dijadualkan bermula Isnin hingga 5 Disember. — Gambar Hiasan

UJIAN lisan Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan seperti yang dijadualkan bermula Isnin hingga 5 Disember.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat pihak keselamatan, khasnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Kementerian Pendidikan (KPM) telah bersiap sedia melaksanakan peperiksaan tersebut dalam situasi banjir dengan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) Ops Payung.

BACA LAGI : 'Mental fizikal terkesan', ramai merayu menteri tangguh dulu SPM susulan banjir teruk

BACA LAGI : [VIDEO] Penduduk Tumpat 'mengamuk', tahan lori redah air banjir lepas rosakkan tembok banjir

Fadhlina mahu semua objektif PPPM 2013-2025 dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

"Calon SPM yang terjejas banjir akan dipindahkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan keselesaan dan mereka dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual.

“KPM memberi jaminan semua calon terjejas, termasuk yang masih berada di rumah masing-masing akan dibawa keluar pada Ahad," katanya memetik laporan The Star pada Ahad.

Jelas beliau lagi, KPM juga akan menyalurkan keperluan tambahan kepada asrama, termasuk penyediaan makanan yang berkualiti. Sokongan psikososial turut disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membantu calon yang terkesan

"Calon dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan alat tulis akan disediakan oleh JPN bagi calon yang tidak mempunyai kelengkapan manakala calon persendirian boleh terus hadir ke pusat alternatif bagi memastikan tiada yang tercicir," ujarnya.

Untuk rekod, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 yang membabitkan 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram