Pelancong China ada masalah pendengaran hilang, kali terakhir dilihat di medan selera pusat beli-belah di KL


  • 112
  • Rabu, 11 Dis 2024

Xu Baolin kali terakhir dilihat berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

SEORANG pelancong warga emas dari China, Xu Baolin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa kira-kira pada pukul 11.42 pagi Isnin lepas.

"Lelaki berusia 84 tahun itu kali terakhir dilihat di medan selera pusat beli-belah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: KKM digesa siasat kes hospital swasta simpan mayat Muhammad Adham Mikail lebih 2 minggu dalam peti ais

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak mampu bayar bil hospital swasta, mayat bayi diletak dalam peti sejuk selama 2 minggu

Sulizmie berkata, Xu Baolin berketinggian 159 sentimeter (cm) dan tinggal di sebuah kediaman di Jalan Kia Peng untuk bercuti.

"Walaupun dia tidak menghidap Alzheimer tetapi dia mengalami masalah pendengaran. Dia dijadualkan pulang ke China bersama keluarganya pada 17 Disember nanti," katanya.

Sementara itu, pihak polis juga menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat menghubungi polis Dang Wangi di talian 03-26002264, bilik gerakan di 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram