AHLI Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap sebuah hospital swasta yang didakwa menyimpan mayat bayi di dalam peti sejuk selama lebih dua minggu baru-baru ini.
Difahamkan, bayi bernama Muhammad Adham Mikail dilahirkan dengan kondisi tidak normal iaitu mempunyai satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur serta meninggal dunia 30 minit selepas dilahirkan pada 24 November lalu.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook Mr Wan Chai Official mendakwa bahawa mayat bayi berkenaan terpaksa dicairkan dengan air panas untuk dikebumikan.
BACA LAGI: [VIDEO] Menyanyi terapi terbaik Khalyn Mulyani, 'padam' ejekan hitam, pendek ketika zaman sekolah
Dakwanya, bapa mangsa bekerja di sebuah kilang di Shah Alam dan tidak mampu membayar bil hospital sebanyak RM3,600 untuk kos rawatan bersalin isterinya hingga menyebabkan mangsa ditahan di wad sehingga bil dapat dijelaskan.
Susulan itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, KKM perlu menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan hospital berkenaan.
"Tindakan tatatertib dan undang-undang perlu diambil terhadap pihak pengurusan hospital dan pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan sama ada ia cuai atau tiada perikemanusiaan terhadap keluarga si mati," katanya.
Wan Fayhsal menegaskan bahawa kelewatan pengebumian adalah bertentangan dengan tuntutan agama.
"Ini tidak sepatutnya berlaku di negeri kaya seperti Selangor. Mengapa pihak pengurusan hospital membenarkan perkara ini berlaku kepada bayi yang baru lahir dan beragama Islam?" tambahnya.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada masa sama menggesa KKM menyiasat dan mencadangkan pihak hospital menganggap kes itu sebagai kes tanggungjawab sosial korporat.
Beliau berkata, sumber seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan agensi lain juga boleh menawarkan bantuan.
"Kami sebagai Ahli Parlimen juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat,” katanya sambil menegaskan bahawa keperluan wakil rakyat mempunyai dana untuk membantu pengundi mereka.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kos penjagaan kesihatan dan premium insurans yang mungkin membawa kepada isu sedemikian. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram