
PENGHANTAR makanan maut dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Emas, Puchong dekat Sepang, Selangor pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah di lokasi kejadian.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari apabila sebuah kereta dipandu wanita berusia 39 tahun dari arah Putra Perdana menghala ke Sri Aman melanggarnya.
BACA LAGI: Penduduk Sepang disaran isi borang bantah nilai baharu Cukai Taksiran
BACA LAGI: [VIDEO] Towing terbabas rempuh 6 kenderaan termasuk motosikal di Sepang, 2 maut
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Norhizam berkata, mangsa yang berusia 22 tahun kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474 atau mana-mana balai polis berdekatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram