Dilantik Datuk Bandar Klang ke-2, Abd Hamid azam tingkat mutu bandar buat rakyat


  • Massa
  • Khamis, 28 Nov 2024

Haris Kasim (kanan), menyerahkan surat pelantikan dan mandat kepada Abd Hamid (kiri) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat Shah Alam Selangor pada Khamis. — Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

DATUK Abd Hamid Hussain dilantik sebagai Datuk Bandar Klang yang kedua, menggantikan Datin Paduka Noraini Roslan yang bersara pada 20 November lalu.

Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sepang sejak September 2020.

Pelantikan tersebut diumumkan di laman rasmi Facebook Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor pada Khamis, selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, menyerahkan surat pelantikan dan mandat kepada Abd Hamid dalam satu majlis ringkas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat Shah Alam Selangor.

BACA LAGI : Kadet UiTM maut kerana strok haba, tiada kecederaan dalaman — Ketua Polis Selangor

BACA LAGI : 'Arwah Amir penyayang, suka memasak', keluarga harap kematian kadet Palapes UiTM dapat keadilan

Pelantikan itu akan berkuat kuasa pada 2 Disember 2024.

Untuk makluman, Abd Hamid, 57, memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1999.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa pihak berkuasa tempatan, termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai Presiden Majlis.

Sementara itu, usai pelantikan berkenaan, Abd Hamid menyatakan rasa syukur kepada pihak kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk memegang jawatan Datuk Bandar sekali gus memberikan peluang baginya untuk terlibat dengan masyarakat serta meningkatkan mutu bandar untuk rakyat. — The Star/ EDWARD RAJENDRA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram