Mahkamah sita aset Datuk Vida kerana hutang syarikat pembinaan lebih RM1 juta


Hasmiza kini berada di luar negara dan enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur bertindak menyita kesemua barangan, termasuk empat kereta yang terletak di dalam kediaman usahawan barangan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Tindakan itu dibuat selepas salah sebuah syarikat pembinaan mahu menuntut hutang mencecah lebih RM1 juta yang merupakan kos diperlukan bagi membaik pulih kilangnya di Shah Alam, Selangor yang diubah kepada studio.

Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh bersama peguam mewakili syarikat itu, Samir Zainal serta sub-kontraktor Mohamad Taufik Kamarul yang mengalami kerugian tiba di kediaman Hasmiza di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak pada pukul 9 pagi Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jualan air mineral KDA FC lebih efektif berbanding produk Vida semasa di Kelantan'

BACA LAGI: CEO Sabah akui DSV mampu bawa perubahan, Vida masih tunggu Kelantan

An order of KL High Court was granted in order to seized the assets of Datuk Seri Vida 's properties at Meru Heights Ipoh.A bailiff of the Ipoh High Court a lawyer and a sub contractor were assigned in sealing the property assets..(25th Novemberr 2024)--RONNIE CHIN/THE STAR

Keadaan di luar kediaman Vida pada Isnin selepas writ itu dikeluarkan.

Namun, mereka hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah itu lebih sejam kemudian selepas kakitangan Hasmiza tiba di lokasi.

Samir menjelaskan pada 29 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah mengeluarkan penghakiman terhadap Vida untuk melunaskan hutangnya, namun dia gagal berbuat demikian.

Jelasnya, writ penyitaan dan penjualan diterima daripada pihak mahkamah.

"Bailif mengambil masa hampir empat jam untuk meletakkan tag terhadap kesemua barang dalam rumah itu, kecuali bilik Vida yang berkunci. Dia diberi masa dua minggu untuk menjelaskan hutang itu.

"Jika tidak, semua barang itu akan dilelong. Dia mempunyai masa sehingga 9 Disember untuk berbuat demikian," katanya di luar rumah Vida.

Prosecutor lawyer Samir Zainal (right) and Sub contracor of AH Design Mohamad Taufik Kamarul (left) talking to the media personels after sealing the assets at Datuk Seri Vida's bungalow house at Meru Heights Ipoh.(25th Novemberr 2024)--RONNIE CHIN/THE STAR

Samir (kanan) bersama Taufik (kiri) di perkarangan kediaman Vida.

Tambah peguam itu lagi, dia dimaklumkan oleh kakitangan Vida bahawa dia kini berada di China dan dia akan menghubunginya tidak lama lagi berhubung perkara itu.

"Kami mendapat kerjasama daripada kakitangannya sepanjang proses itu," katanya.

Sementara itu, Mohamad Taufik menyatakan bahawa dia berusaha mendapatkan semula wangnya selama enam tahun sejak 2018.

Dia menjelaskan bahawa Vida mengupah syarikat perunding untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang kemudiannya menggunakan perkhidmatannya untuk kerja-kerja pembinaan itu.

“Namun, apabila kerja itu selesai, syarikat tidak dapat membayar saya kerana Vida belum membayar syarikat. Oleh itu, saya terpaksa memfailkan kes muflis terhadap syarikat itu dan penyelesai dilantik untuk bertindak bagi pihak syarikat,” katanya.

Jurucakap Vida memberitahu pemberita bahawa dia berada di luar negara ketika ini.

“Tidak akan ada sebarang kenyataan daripadanya buat masa ini,” katanya. — The Star/MANJIT KAUR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram