KERJA-KERJA pembaikan lubang benam sedalam 6meter (m) di sepanjang Jalan Lojing ke Gua Musang, Kelantan kini sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan perkara itu namun menjelaskan bahawa laluan tersebut masih belum dibuka untuk kegunaan kenderaan sepenuhnya.
Beliau berkata, hanya satu lorong boleh diakses oleh pengguna jalan raya dari Lojing dan Cameron Highlands, Pahang setakat ini.
Lubang benam yang mempunyai kedalaman 6 meter.
Katanya, beberapa papan tanda amaran tentang kerja pembaikan jalan juga sudah dipasang.
Sementara itu, ketua kampung Kampung Jek Jok, Jubir Sekmo percaya bahawa kejadian lubang benam itu berpunca daripada hujan berterusan sejak tiga hari lalu sekali gus menyebabkan air mengalir di bawah tanah.
Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira pukul 8 pagi Sabtu lalu sebelum penduduk setempat mengambil langkah memasang penghadang jalan bagi memberi amaran kepada pengguna tentang keadaan di sepanjang Jalan Lojing-Gua Musang.
"Ini kali pertama berlaku dan kami bimbang lebih banyak kawasan berisiko mengalami lubang benam yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
"Selain itu, lubang benam itu juga disyaki akibat pembersihan tanah dan penebangan hutan bagi tujuan membuka ladang sayur.
"Kami berpendapat, lubang benam ini berlaku akibat hujan lebat yang sekali gus menyebabkan air mengalir di bawah tanah," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram