YSF sedia bantuan RM1 juta kepada 500 pelajar kolej


  • Massa
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon (lima dari kiri) dan Pengerusi YSF, Mejar Cina Datuk David Wong Khong Soon (empat dari kiri) menyerahkan cek kepada wakil dari Kolej Universiti Selatan.

BAGI memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pengajian, Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) telah menyediakan bantuan kewangan bernilai RM1 juta kepada pelajar Kolej Universiti Selatan (SUC).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, yang juga merupakan ahli lembaga YSF, berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 500 pelajar di institusi berkenaan.

“Sejak beberapa tahun ini, kerajaan negeri telah menyediakan bantuan kewangan kepada universiti bagi membantu mengurangkan bebanan dalam mengendalikan kos operasi dan infrastruktur.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Yang mati itu anak saya', bapa meraung depan 3 remaja baling batu semasa betulkan ekzos motor di Nusa Tenggara

BACA LAGI: [VIDEO] Pemancing Vietnam maut terkena renjatan elektrik ketika lempar umpan

“Namun, ini adalah kali pertama bantuan kewangan disalurkan terus kepada pelajar yang memerlukan.

“Peruntukan berjumlah RM1 juta ini akan meringankan beban 500 pelajar, yang mana setiap seorang akan menerima bantuan sebanyak RM2,000.

“Kami berharap usaha murni ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk berjaya dalam pengajian mereka,” kata Ling ketika berucap pada majlis.

Majlis penyampaian bantuan yang diadakan di Dewan Dato' Seri Joseph Chong universiti itu turut dihadiri Pengerusi YSF, Mejar Cina Datuk David Wong Khong Soon.

Secara berasingan, Yayasan Selatan (SF) mengadakan satu majlis penghargaan ringkas untuk mengucapkan terima kasih kepada penderma atas sokongan mereka selama ini.

Pengerusi SF, Datuk Steve Chong Yoon On berkata, Yayasan Selatan menyasarkan bantuan berjumlah RM1 juta dalam bentuk biasiswa kepada 100 pelajar universiti itu.

“Jika anda (pelajar) memerlukan bantuan, sila datang kepada kami.

"Kami akan menghulurkan tangan dan memproses permohonan anda secepat yang mungkin.

“Matlamat kami adalah untuk mendapatkan 100 ahli menyumbang kepada 100 pelajar, yang mana masing-masing akan menerima sokongan bernilai RM10,000 dan tidak melibatkan skim pembayaran balik,” ujarnya.

Chong menggalakkan pelajar untuk memanfaatkan peluang ini dengan memohon biasiswa.

Chong turut berterima kasih kepada para penderma atas sokongan berterusan mereka yang membolehkan para pelajar dengan masalah kewangan dapat meneruskan pengajian.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya dengan penuh ikhlas hati menjemput penderma untuk terus menyokong SF.

"Sumbangan anda sememangnya secara langsung memberikan mpak yang besar dalam memperkasakan pelajar, sekaligus membantu mereka mencapai kecemerlangan akademik,” kata Chong. — The Star / VENESA DEVI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram