[VIDEO] ‘Nak hantar mana?’, insiden pelik bin ajaib, kali pertama pertanyaan pemandu e-hailing tak dijawab penumpang


  • Tular
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan pemandu e-hailing ketika insiden tersebut pada Jumaat.

TINDAKAN seorang pemandu e-hailing ketika mengambil penumpang di sebuah kawasan dalam negara pada Jumaat mencuit hati orang ramai.

Ia selepas video papan pemuka (dashcam) memaparkan situasi dan insiden tidak terduga itu tular di media sosial sejak Sabtu.

Dalam video itu, pemandu tersebut sedang menunggu seorang penumpang lelaki meletakkan beberapa barang di tempat duduk belakang.

BACA LAGI: Bukit Aman guna dron pantau anggota polis lakukan kesalahan, termasuk main golf ketika bertugas

BACA LAGI: [VIDEO] Prebet sapu warga asing licik bawa 'rakan sekampung', JPJ digesa kerap buat operasi sekitar Lembah Klang

Lelaki itu kemudiannya dilihat menutup pintu belakang dan mahu ke tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu.

Namun, dengan pantas pemandu terbabit berlalu pergi sambil bertanya tentang lokasi yang mahu dituju tanpa mengetahui ketiadaan penumpang itu.

"Nak hantar ke mana?," soalnya beberapa kali sebelum menoleh ke belakang dan menyedari tempat duduk tersebut kosong.

Dia kemudiannya berhenti dan menunggu semula penumpang itu masuk sambil ketawa kecil melihat situasi yang berlaku.

"Ingatkan awak dah masuk, saya pula tengok telefon pintar," katanya sambil ketawa.

Insiden itu sekali gus menghiburkan rata-rata warganet yang menonton video tersebut.

"Nasib baik penumpang jenis santai, kalau dapat yang baran mahu dia hamunnya bang," seloroh @moyyjensen_.

"Ini kelakar," komen @nazrich.co. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram