KANAK-KANAK perempuan berusia 10 tahun yang ditemukan parah di jalan raya di Kuang dekat Sungai Buloh, Selangor disahkan meninggal dunia.
Menurut polis, kanak-kanak itu meninggal dunia pada pukul 10 pagi, Rabu selepas disyaki akibat kes langgar lari.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan akibat terjatuh basikal.
BACA LAGI: Rakyat Malaysia masuk secara haram dari Sungai Golok ditahan mulai Disember — Polis
BACA LAGI: Diganggu mangsa punca warga asing korek mata lelaki ketika bergaduh — Polis
“Siasatan mendapati dia cedera selepas terjatuh dari basikal kerana sebahagian seluarnya tersangkut pada rantai basikal.
“Kenyataan saksi sepadan dengan siasatan pada seluar yang dipakai mangsa ketika kejadian yang menunjukkan koyak dan minyak pelincir daripada rantai itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.
Tambahnya, tiada sebarang tanda perlanggaran kenderaan ditemukan dalam kes itu.
Saksi membantu siasatan termasuk termasuk pemandu lain yang berada di tempat kejadian.
Seramai lima saksi memberikan keterangan mereka, termasuk dua orang yang membantu mangsa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram