[VIDEO] Kereta ‘hantu’ berundur tanpa pemandu


  • Tular
  • Khamis, 21 Nov 2024

Tangkap layar Myvi mengundur di sebuah jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan.

SEORANG pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi mengalami kerugian ribuan ringgit selepas terlupa menarik brek tangan kereta miliknya sehingga mengundur sebelum melanggar kenderaan lain pada Rabu.

Kejadian itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan yang dilanggar.

Berdasarkan data yang tertera pada paparan dashcam berkenaan, kejadian itu berlaku pada pukul 11.02 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang

BACA LAGI: [VIDEO] Kami reda kehilangan Naura, arwah adalah satu-satunya anak tunggal kakak saya — Ayah saudara

Video kejadian turut dimuat naik semula di laman media sosial sehingga mengundang 1,001 satu persoalan.

Manakan tidak, melalui video berdurasi kurang seminit tersebut memaparkan pemilik Myvi berkenaan meletakkan kenderaannya tanpa menutup pintu pemandu berhampiran sebuah gerai untuk membeli takoyaki.

Namun selang beberapa saat dia keluar dari kenderaan itu, Myvi itu tiba-tiba mengundur.

Pemiliknya cuba mengejar kenderaannya namun gagal sehingga menyebabkan Myvi itu merempuh kenderaan pemilik dashcam.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya, @Syamil_Izuan mempersoalkan tindakan pemandu Myvi dan pemilik kenderaan berkenaan.

"Pemandu Myvi itu memang salah tapi aku pelik pemilik dashcam itu tak lari. tak sayang kereta ke apa? Aneh-aneh manusia sekarang," tulisnya.

"Macam kereta ‘hantu’ berundur tanpa pemandu," kata @farhana pula.

Setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian itu mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram