
JOHOR mungkin mempertimbangkan bagi melaksanakan tempoh bekerja selama 4.5 hari seminggu sekiranya kerajaan negeri dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, kata Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri, dengan restu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersedia untuk mempertimbangkan minggu bekerja lebih pendek untuk sektor awam pada masa depan.
Katanya, pentadbiran negeri akan terus menambah baik produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif buat masa ini.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
“Satu lagi pendekatan yang akan kita ambil ialah menyeragamkan waktu operasi kaunter di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta majlis tempatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor pada Khamis.
“Sekiranya penambahbaikan ini terbukti berkesan, kerajaan negeri dengan restu Pemangku Raja Johor sedia mempertimbangkan cadangan 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awam tanpa mengurangkan waktu bekerja keseluruhan,” tambahnya.
Onn Hafiz turut mengumumkan bonus dua bulan untuk penjawat awam yang bekerja di Johor pada tahun depan. — The Star/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram