Masih boleh solat Jumaat, cuti Sabtu Ahad tak jejaskan martabat Islam di Johor


  • Primer
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bagi memberi ruang kepada pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat bermula 1 Januari 2025. — Gambar hiasan

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa perubahan cuti pada waktu hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad tidak akan menjejaskan kedudukan serta martabat agama Islam.

Onn Hafiz berkata, keputusan itu diambil selepas menerima pandangan dan mengambil manfaat kepada semua pihak.

Katanya, ketertinggian Islam tidak sedikit pun berkurang bila mana Johor tidak lagi bercuti pada Jumaat bermula Januari 2025 selepas mendapat pandangan Mufti Besar dan Exco Agama Negeri Johor.

BACA LAGI: Jika ada pihak kurang senang, mahu melaga-lagakan rakyat, sila pindah ke negeri cuti Jumaat dan Sabtu — TMJ

BACA LAGI: Majikan perlu sedia waktu mencukupi pekerja solat Jumaat atau berdepan tindakan — Exco Johor

2535448

Onn Hafiz menegaskan bahawa pertukaran cuti tersebut tidak mengurangkan kedudukan Islam di Johor. — The Star

Beliau juga menegaskan bahawa seluruh rakyat masih boleh menunaikan ibadah solat Jumaat seperti biasa tanpa perlu menjadikan perkara itu sebagai bahan politik.

"Jika kita merenung firman ALLAH dalam Surah Al-Jumuah ayat 9 dan 10, kita akan lebih tenang dalam memberi ulasan perihal yang sama:

‘Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati ALLAH dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyak supaya kamu beruntung.

"Namun seusai solat Jumaat ditunaikan, kita bahkan diperintahkan untuk kembali bertebaran termasuk kembali bekerja atau melakukan amal ibadah juga jariah di atas muka bumi mencari apa yang dihajati selagi mana bertepatan dengan landasan Islam.

"Insya-ALLAH, tanpa mengetepikan kepentingan solat Jumaat, kerajaan negeri yakin keputusan ini bakal beri manfaat kepada seluruh rakyat Johor yang mana mereka akan mendapat lebih masa berkualiti bersama ahli keluarga dengan memudahkan mereka merancang aktiviti hujung minggu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

2958045

Kenyataan dimuat naik Tunku Ismail pada Khamis.

Beliau pada masa sama berharap agar tiada mana-mana pihak lain membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian negeri Johor.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa keputusan menukar cuti umum kepada Sabtu dan Ahad berdasarkan izin Yang Di-Pertuan Agong dan pandangan beberapa pihak termasuk rakyat.

Tegas baginda, keputusan itu dibuat selepas mendapat izin daripada YDP Agong, Sultan Ibrahim serta pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat.

Baginda juga menyeru pihak yang kurang senang dengan keputusan itu boleh berpindah ke negeri lain yang masih mengekalkan cuti Jumaat dan Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram