Ujian air kencing boleh kesan individu hisap vape mengandungi bahan terlarang — Saifuddin


  • Massa
  • Ahad, 17 Nov 2024

Ujian air kencing bukan sekadar boleh mengesan dadah yang diambil secara konvensional, malah dapat mengesan bahan terlarang yang terkandung dalam rokok elektronik (vape).

UJIAN air kencing bukan sekadar boleh mengesan dadah yang diambil secara konvensional, malah dapat mengesan bahan terlarang yang terkandung dalam rokok elektronik (vape).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesanan di peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), khususnya selepas pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Katanya, dadah yang menjadi ancaman, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah bukan lagi jenis konvensional sebaliknya jenis sintetik yang mempunyai pelbagai bentuk serta nama dan dianggap sangat dinamik.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga kematian terbela', lelaki sayu lihat rakaman rakan sendiri melambung dirempuh kereta di Putra Heigh

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

"Kita ada keupayaan, pegawai pemulihan ada kepakaran tersebut (mengesan bahan). Kalau dulu proses ujian dan verifikasi (bahan terlarang) semua hanya oleh doktor, tak boleh orang lain.

"Tapi dalam akta penagih dadah yang kita pinda, tugas itu boleh dibuat oleh pegawai pemulihan ADDK namun kita tak ketepikan pegawai perubatan, di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) masih ada elemen peranan pegawai perubatan tapi ujian awal itu boleh dilakukan oleh pegawai pemulihan," katanya.

PASIR MAS, 16 Nov -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni MADANI  di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga hari ini.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Saifuddin berkata, pengesanan di peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan AADK, khususnya selepas pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Saifuddin ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir pada Ahad.

Jelas beliau lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga berhasrat mewujudkan makmal khusus bagi proses pengujian bahan terlarang.

"Melalui makmal itu nanti boleh kesan semua bahan terlarang tanpa syak dan tanpa ragu, kompetensi itu tinggi," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram