[VIDEO] Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan orang awam di Lebuhraya PLUS


  • 112
  • Ahad, 17 Nov 2024

Tangkap layar video tular kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi VIP di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.

POLIS Bukit Aman sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang ditularkan semasa petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi orang kenamaan.

"Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga kematian terbela', lelaki sayu lihat rakaman rakan sendiri melambung dirempuh kereta di Putra Heigh

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

Mohd Yusri berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kenderaan orang awam memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh beberapa kenderaan awam. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram