KERAJAAN akan membincangkan isu pemansuhan subsidi minyak masak peket bagi mengatasi masalah ketirisan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jika subsidi itu dimansuhkan, akan ada risiko tertentu kerana kerajaan membelanjakan puluhan juta bagi subsidi minyak masak.
“Situasi serupa akan berlaku sama ada minyak masak bersubsidi sukar didapati atau berada di Thailand.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga kematian terbela', lelaki sayu lihat rakaman rakan sendiri melambung dirempuh kereta di Putra Height
"Jadi perkara ini di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan isu berkenaan ada beberapa kali dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri," katanya.
Rafizi berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, isu itu perlu menunggu keputusan KPDN yang akan membentangkannya kepada Kabinet pada masa yang sesuai.
"Ketika ini, KPDN sedang melakukan proses semakan mengenai cara terbaik untuk memberikan subsidi tanpa melibatkan ketirisan yang besar," ujarnya.
Rafizi berkata, jika subsidi itu dimansuhkan, akan ada risiko tertentu kerana kerajaan membelanjakan puluhan juta bagi subsidi minyak masak.
Rafizi berkata, di peringkat Kementerian Ekonomi, pihaknya perlu menunggu pembentangan di Kabinet dan beliau berharap ada kaedah yang lebih baik.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan disaran memansuhkan minyak masak peket subsidi dan digantikan dengan bantuan kewangan kepada golongan sasar bagi menangani isu penyelewengan serta ketirisan.
Beliau juga berkata, segala projek pembangunan sempadan negara melibatkan negeri sebelah utara, Sabah dan Sarawak sedang diperhalusi.
"Kita perlu membangunkan format dan model pembangunan terlebih dahulu. Daripada situ, barulah kita boleh tentukan jumlah peruntukan dan bagaimana pembangunan sempadan yang akan dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikan selepas diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud bahawa cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di Rantau Panjang-Sungai Golok, kelantan yang memerlukan kos anggaran RM450 juta termasuk bagi pengambilan tanah.
Pada 14 November lalu, kerajaan Thailand menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Kelantan itu dan Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata pembinaan tembok berkenaan akan menjadi langkah penting dalam menangani pelbagai isu jenayah rentas sempadan.
Pada 5 November lalu, Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada kerajaan Persekutuan mengenai pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand dan usaha ini dianggap penting bagi menangani masalah jenayah penyeludupan serta mengurangkan risiko banjir yang berulang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram