TAN Sri Dr Ibrahim Saad, 78, meninggal dunia pada 6.30 petang Jumaat di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor akibat komplikasi pernafasan.
Berita pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dimaklumkan oleh anak lelaki Allahyarham sendiri Datuk Zairil Ayu Ibrahim, 49.
Memetik laporan The Star, Zairil berkata, bapanya mengalami serangan jantung dan telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lepas.
BACA LAGI: Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta PJ
BACA LAGI: Berilah tempat buat Daim sebagai pejuang bangsa — Tun M
"Selepas keluar dari hospital baru-baru ini, beliau kelihatan beransur baik namun semalam beliau mengadu sakit sukar bernafas semasa di rumah di Taman Tun Dr Ismail sebelum dibawa ke hospital.
"Beliau cuba diselamatkan tetapi tidak sempat,” katanya.
Ibrahim pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan memimpin Umno Bukit Mertajam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram