'Beritahu nak relax', bapa rakan dedah remaja China sempat main badminton bersama beberapa jam sebelum meninggal dunia di Mont Kiara


  • Massa
  • Isnin, 11 Nov 2024

Qiu pergi minum seorang diri selepas meluangkan masa bermain badminton bersama salah seorang rakannya.

REMAJA berasal dari China yang meninggal dunia sekitar kawasan meletakkan kenderaan di sebuah sekolah antarabangsa di Mont Kiara di ibu negara difahamkan bermain badminton beberapa jam sebelum mayatnya ditemukan pada awal pagi Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, remaja itu dikatakan bermain badminton dengan seorang rakannya sebelum dia beredar untuk minum seorang diri.

Berdasarkan perkongsian bapa kepada rakan mangsa, remaja itu bersekolah bersama anaknya di sebuah sekolah antarabangsa sekitar Kuala Lumpur.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua penunggang skuter terselamat terjatuh gaung di China, pemuda 'blur' rupanya sekadar suntingan

BACA LAGI: Kali terakhir dilihat berseluar dalam keluar bar, remaja China ditemukan mati dekat parkir sekolah di Jalan Duta Kiara

3009441

Satu hantaran di media sosial berhubung kehilangan mendiang dibuat kenalan remaja berasal dari China itu.

Dia yang tidak mahu dikenali berkata kepada pemberita bahawa mereka bersenam bermain badminton bersama-sama kira-kira beberapa jam sebelum mereka beredar dengan mangsa pergi minum seorang diri.

"Selepas mereka bermain badminton, mangsa menyatakan dia mahu menenangkan fikiran (nak relaks). Anak saya menasihatinya untuk pulang awal, tetapi mangsa bertegas bahawa dia tidak akan berlebihan," katanya sambil mengatakan mendiang berasal dari Jiangsu.

Berdasarkan laporan pada Ahad, remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Patrick @ Qiu Xiangming meninggal dunia di kawasan memarkir kenderaan sebuah sekolah sekitar Jalan Duta Kiara sekitar pukul 9 pagi Sabtu.

Kali terakhir mendiang dikesan adalah sekitar Solaris Mont Kiara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu sebelum sebuah laporan mengenai kehilangannya dibuat beberapa jam kemudian.

Difahamkan, ibu dan kakak mendiang sudah mengambil penerbangan berbeza dari China selepas menerima laporan kematian dan sudah tiba pada Sabtu lalu sebelum dibawa ke bilik mayat hospital pada pagi Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram