[VIDEO] Kelantan serah sepenuhnya kes 6 rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok kepada pihak berkuasa Thailand


  • Primer
  • Isnin, 04 Nov 2024

Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di Thailand pada Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda bergerak ke Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Isnin.

ENAM rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di Thailand pada Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dilaporkan dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin.

Kelantan telah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan terhadap enam rakyat negeri ini yang ditahan di Sungai Golok, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, menyatakan bahawa kes berkenaan menjadi pengajaran kepada semua terutama rakyat negeri tersebut.

BACA LAGI: Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dari Kelantan hadapi pertuduhan di Mahkamah Narathiwat

BACA LAGI: Tiada lagi jualan, kenderaan guna NGV mulai Julai 2025

"Jika didapati tidak bersalah, Alhamdulillah dan kita mengharapkan perkara itu. Namun, jika terbukti bersalah, kami akan berasa sangat sedih.

"Saya ingin mengingatkan rakyat Kelantan agar lebih berjaga-jaga, terutamanya apabila melibatkan nama yang dikenali. Berikan contoh teladan yang baik kepada orang lain," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kecaman netizen yang mengaitkan isu terbabit dengan Kelantan sebagai negeri yang menerima jolokan Serambi Makkah, Mohamed Fadzli berkata, Kelantan sebagai negeri yang bersempadan dengan negara jiran, sudah pasti terkait dengan 'produk' yang datang dari negara jiran.

Menurutnya, setiap negeri mempunyai masalah jenayah dan sosial tersendiri dan tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing untuk menangani perkara itu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.

"Kesimpulannya Kelantan ini Alhamdulillah negeri beragama, kita ada banyak sekolah Arab, tok guru, ulama dan masjid juga beroperasi.

"Rupanya ALLAH 'plan' begitu sebab kita berada di barisan hadapan (sempadan negara) dan benda tak baik seperti pil kuda nak masuk ke Malaysia terpaksa melalui Kelantan dulu maka kalau kita bukan sebuah negeri yang tak kuat, kita akan rosak.

"Biarlah orang nak kata apa kerana semua boleh berkata, yang penting, sebagai pimpinan negeri, nak pastikan kita dapat kawal dengan kerjasama agensi penguat kuasa," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram