[VIDEO] Tiket feri habis walaupun sudah dibeli online, penumpang berang terpaksa tunggu berjam-jam di Terminal Pasir Gudang


  • Tular
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Yussrah Mokhtar bengang terpaksa tunggu berjam-jam di Terminat Feri Pasir Gudang sewaktu merancang untuk bercuti di Batam. 

PENGGUNA berang apabila tiket feri yang sudah dibeli sejak tiga hari lepas secara tiba-tiba dikatakan sudah habis ketika mahu bergerak dari Terminat Feri Pasir Gudang, Johor untuk ke Batam, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi satu video, seorang lelaki, Yussrah Mokhtar mendedahkan kejadian yang sangat mengecewakannya itu sewaktu merancang untuk bercuti di Batam.

"Perancangan asal adalah mahu berjalan-jalan ke Batam. "Waktu itu, saya dengan kawan-kawan tiba di terminal pada pukul 11:50 pagi iaitu 10 minit sebelum waktu berlepas.

"Malangnya, kami diberitahu bahawa tiket sudah habis ketika hendak naik yang menyebabkan terpaksa menunggu feri seterusnya iaitu pada pukul 3. 30 petang," katanya.

BACA LAGI: 'Terpaling mudahkan urusan', hikers beri pujian melambung, minta negeri lain contohi pengurusan cekap Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

BACA LAGI: [VIDEO] Sentiasa sarung jersi JDT dari Kulai ke Norway, anak jati Johor tetap setia saat kalah menang

Selepas menyoal pihak terminal, barulah Yussrah mengetahui bahawa tiket-tiket itu masih dijual secara dalam talian walaupun tempahan bagi sesuatu tempat sudah dibuat.

"Ini bermakna, mereka menjual tiket tanpa mengira kuota yang sudah pun ditempah. Sampailah feri ini fully loaded dan menyebabkan penumpang yang sudah membeli tiket terpaksa menunggu untuk menaiki feri seterusnya," katanya.

Setelah menghadapi kejadian itu, Yussrah beranggapan bahawa lebih mudah jika pengunjung lebih memilih untuk membeli tiket bas berbanding menaiki feri di kawasan itu.

"Korang naik bas pun beli tiket dalam atas talian pun semua lagi senang. Dapat juga tempat duduk. Di sini, serius bod*h gila sebab buang masa tiga jam dah dekat sini," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga berasa geram dengan pengurusan penjualan tiket yang tidak sistematik itu.

"B****h punya sistem. Mesti tak ramai viralkan pasal ini sebab itu yang makin menjadi jadi," tulis Zukrie Mohamad.

"Sama jugak sistem tiket bas di Larkin, Johor. Ulat tiket jangan cakaplah. Memang bersepah. Beli dekat mesin sama jugak. Beli tiket bas pukul 12.00 pagi tetapi bas jalan pukul 15.00. Apabila tanya jawapan tidak tahu. Selalu lah kena sidai," tulis Halim Hafizi.

"Pergh satu tiket jual banyak kali. Mesti owner sudah jadi jutawan, keliling dunia beberapa kalikan," tulis Husni Redzanov.

Tiada kenyataan daripada pihak pengurusan feri berhubung dakwaan itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram