SEORANG anak jati Kulai, Johor yang kini merantau di Norway tetap menunjukkan semangat yang mendalam terhadap pasukan bola sepak kebanggaan negeri kelahirannya, Johor Darul Ta'zim FC (JDT).
Lelaki itu, Fadzil kini berada di Norway bagi melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (NDT on Composite Materials) di Norges Teknisk-naturvitenskapelige Universitet (TNU).
"Sebenarnya apabila ambil PhD dekat Norway ini, dia tak dikira sebagai student.
"Macam biasa, kita dengar, PhD pelajar kan.. Tetapi, apabila di Norway, orang yang ambil PhD dianggap bekerja di bawah universiti. Jadinya saya diberi gaji untuk lanjut pelajaran ini," katanya.
BACA LAGI: Hasrat ke Cameron Highlands tak kesampaian, pelancong Jepun maut bas persiaran rempuh treler
BACA LAGI: Stairs of Death antara 5 trail 'bucket list' uji kekuatan fizikal dan mental hikers kental
Fadzil bersama keluarga tercintanya kini berada di Norway.
Meskipun jauh dari tanah air, lelaki itu, Fadzil sering mengikuti perkembangan terkini pasukan tersebut.
Malah, kehadiran JDT di setiap perlawanan menjadi acara yang dinantikan yang mengukuhkan lagi sokongan beliau kepada Harimau Selatan.
"Saya kadang-kadang tengah bekerja pun tengok juga perlawanan bola apabila ada waktu senggang. Biasanya, saya layan bola seorang di rumah kerana di Norway jarang nak jumpa orang Malaysia.
"Jadinya, saya tiada geng yang boleh tengok ramai-ramai. Kalau shoot ke apa saya pun jerit sorang-sorang. Wife pun tak minat bola," katanya kepada Majoriti.
Minat yang mendalam itu bukan sahaja mencerminkan semangat anak Johor yang berada di kejauhan, tetapi juga simbol penyatuan semua peminat JDT FC di seluruh dunia.
Fadzil berasa bangga memakai winter jacket JDT FC.
Fadzil berpendapat bahawa seorang penyokong seharusnya tetap teguh dengan pendiriannya, bukan hanya di waktu kemenangan tetapi juga di waktu kekalahan.
"Kalau kita sudah sokong sesuatu team itu, jangan waktu menang sahaja tetapi sokong jugalah waktu kalah. Dengan harapan, mereka akan buat come back suatu hari nanti," katanya lagi.
Fadzil juga mengakui bangga memakai jersi pasukan bola sepak negeri kelahirannya itu dengan harapan ada individu yang berada di Norway mengenali pasukan itu.
"Saya banggalah pakai winter jacket ini sepanjang saya berada dekat overseas. Kalau saya keluar, dengan harapan ada orang yang boleh kenal. tiba-tiba ada orang Malaysia yang kenal.
"Walaupun Mat Salih disini tak kenal pun JDT kan... Tetapi kita sendiri rasa banggalah team kita semakin lama semakin kehadapan," katanya.
Fadzil berkata, jersi itu sebenarnya hadiah daripada abang iparnya, Mohammad Rafienuddin yang merupakan fisioterapi JDT.
"JDT kan dia sudah mula bermain di Champions League, National Champions League yang memerlukan untuk pergi ke negara sejuk. Jadinya mereka ada jaket musim sejuk. Jadi, itu yang saya dihadiahkan oleh abang ipar saya," katanya.
Aydeen Nuh bangga menunjukkan jersi JDT FC kepada rakan-rakannya yang berada di Norway.
Tidak hanya itu, anaknya, Aydeen Nuh sudah mulai menunjukkan rasa bangga untuk mempamerkan jersi kelab tempatan kepada kawan-kawannya di Norway.
"Ada suatu hari tema pakaian sekolah kena pakai jersi bola. Dengan bangga Aydeen tunjuk kepada kawan-kawan.
"Sewaktu itu abang ipar saya baru balik dari Sepanyol ikut JDT punya pre-season di sana. Jadinya, Aydeen dapat hadiah jersi ini," katanya.
Arif Aiman dilihat menonjol dalam mencipta peluang gol dari posisi sayap. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Bertanya soal pemain yang paling diminati, Fadzil berkata, antara pemain JDT yang dilihat memiliki bakat besar adalah Arif Aiman.
Manakan tidak, dalam pasukan JDT, Arif menonjol dengan kelajuan, kawalan bola yang baik dan kemampuan mencipta peluang gol dari posisi sayap.
Fadzil berasa Arif memiliki keupayaannya untuk mengatasi pemain pertahanan lawan, larian pantas serta ketajaman dalam hantaran silang yang seterusnya membuatnya mampu menjadi pemain penting dalam strategi serangan JDT.
Meskipun masih muda, Fadzil beranggapan bahawa Arif sudah menunjukkan potensi besar dalam skuad JDT dan Liga Super Malaysia.
"Saya ingat lagi perlawanan melibatkan dia lawan UITM FC. Masa itu menang 4-0. Dia ada bantu jaringkan satu gol. Itu game awal dia tetapi dah nampak kebolehan dia," katanya.
Safiq cukup dikenali sebagai seorang pemain yang mempunyai personaliti berwarna-warni di atas padang.
Selain itu, Fadzil juga menyukai pemain tengah JDT, Safiq Rahim kerana memiliki keyakinan yang tinggi.
"Saya rasa dia miliki penguasaan bola yang baik dan boleh memberi hantaran baik untuk penyerang.
Fadzil juga melihat bakat Safiq yang terkenal dengan kemampuannya dalam mengambil sepakan percuma sehinggakan menghasilkan gol dalam situasi penting.
"Dia punya free kick pun kadang-kadang menarik.. Seronok kalau tengok bila dia masuk padang," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram