DUA lelaki didakwa melakukan kegiatan pecah masuk sebuah kedai menjual nasi ayam di Parit Raja, Johor sekitar pukul 5 pagi Khamis.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Komuniti Roda Johor memuat naik rakaman kamera litar tertutup yang berada di dalam kedai berkenaan sebelum ia tular sejak Jumaat.
Rakaman menunjukkan suspek 'gigih' membuka mesin wang di bahagian kaunter disyaki bagi mengambil duit yang disimpan di dalam mesin itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Tanda krisis iklim? Gunung Fuji kali pertama tak 'berselimut' salji dalam tempoh 130 tahun
Suspek juga sempat merenung seketika ke CCTV apabila melihat aksinya dirakam, namun tetap memilih untuk meneruskan tindakan tidak bermoral itu.
Hanya dalam beberapa saat, pelaku mampu membuka mesin tersebut setelah mengumpil dengan menggunakan peralatan seperti besi.
Suspek dilihat berjaya mengambil wang di mesin tersebut, bagaimanapun jumlah kerugian yang ditanggung kedai berkenaan masih tidak dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet risau dengan kes kecurian yang semakin berleluasa.
"Cap jari bersepah dia tinggalkan," tulis Nizam Yusop.
"Senang sekejap, merana bertahun," tulis Haliza Halidi.
"Apa sia*. Tenaga kuat-kuat tetapi pilih pecah kedai. Pergilah menyawit ke atau tanam ubi," tulis Ahmad Aminuddin Alias.
"Kerjalah cari rezeki halal. Walaupun gaji kecil atau hidup susah lebih baik berbanding senang sekejap, merana seumur hidup," tulis Azwa Nizar.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian jenayah itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram