RAKYAT sebelum ini pernah digemparkan dengan kejadian tanah jerlus atau 'sinkhole' di mula kecoh di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.
Kejadian menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijaya Laksmi Goli, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 8 meter (m).
Rentetan itu, pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh pasukan penyelamat serta pihak berkuasa lain dalam mencari mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu guna paku, rumah kayu tradisional di Malaysia boleh guna teknik pasak dan tanggam
Kawasan tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagaimanapun dihentikan selepas sembilan hari dilaksanakan tanpa henti kerana tidak menemukan sebarang petunjuk.
Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kawasan juga kini giat dilakukan setelah kira-kira 10 lurang kumbahan diperiksa demi mencari mangsa.
Proses tersebut juga dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.
Jangka masa itu diperlukan bagi memastikan permukaan jalan dapat diselenggara dengan baik dan berkualiti.
Hal ini kerana, ia memerlukan beberapa kaedah seperti overlay, mill dan pave.
Overlay merupakan kaedah untuk menurap di atas permukaan jalan sedia ada yang mengalami kegagalan fungsi seperti lubang, retak kecil dan kerosakan kecil.
Proses overlay yang perlu dilakukan dalam kerja-kerja pembaikan jalan.
Kerosakan itu perlu dirawat dahulu sebelum overlay dimasukkan iaitu dengan tampalan lubang, pecahan.
Kaedah itu dijalankan dengan membersihkan permukaan jalan sedia ada, menyembur perekat (tack coat) dan meletakkan asphalt (perekat) ditentukan.
Kemudian, lapisan turapan perlu dipadatkan dengan menggunakan alat berat atau tandem roller dan alat pemadatan lapisan (pneumatic tyre roller).
Tidak terhenti setakat itu, kaedah turapan yang rosak (mill) dan menggantikan dengan lapisan turapan baru (pave) juga perlu dilakukan.
Ia dijalankan bila keadaan lapisan turapan mengalam kerosakan struktur jalan yang tidak ketara kira-kira 12 milimeter (mm) hingga 25mm dan beralun tidak ketara serta tidak mengalami kegagalan struktur lapisan.
Kedalaman turapan juga perlu ditentukan berdasarkan pada kedalaman kerosakan biasanya antara 40mm hingga 100mm melalui pengambilan sampel batu dan mengambil kira ketebalan lapisan turapan sedia ada.
Proses turapan juga perlu menitikberatkan tahap kerosakan jalan.
Kaedah ini dimulakan dengan membuang lapisan permukaan yang rosak dengan menggunakan mesin turapan.
Permukaan itu kemudiannya dibersihkan dengan menggunakan mesin penyapu, kipas udara atau secara manual.
Selepas itu, lapisan perekat disembur sebagai lapisan pengikat dan diturap dengan asphalt yang ditentukan.
Lapisan asphalt juga akan dipadatkan menggunakan alat berat dan alat pemadatan.
Kesemua proses tersebut turut mengambil masa lama dan perlu penelitian mendalam demi memastikan hasilnya yang berkualiti.
Justeru, pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memanfaatkan masa dengan baik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram