Koperal antara 3 polis kena tahan disyaki curi barangan kemas pusaka milik wanita mati dalam kereta di Setapak


  • 112
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barangan kemas dikatakan milik seorang wanita yang ditemui meninggal dunia. — Gambar Hiasan

TIGA anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barangan kemas dikatakan milik seorang wanita yang ditemui meninggal dunia dalam kereta di parkir sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, tangkapan itu dibuat hasil siasatan yang dijalankan susulan satu laporan daripada seorang lelaki tempatan.

"Kes itu pada awalnya diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP), namun selepas memperoleh beberapa keterangan, kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kilang di China temui ajal kepala tersepit ketika cuba keluarkan kertas tersekat pada mesin

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai 3 kereta berhenti mengejut cuba elak budak kecil main sendirian di tengah jalan

“Susulan daripada siasatan dilakukan, polis membuat tangkapan ke atas empat anggota polis di sekitar Setapak.

“Tangkapan dilakukan terhadap anggota polis berpangkat konstabel hingga koperal berusia lingkungan antara 28 hingga 35 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, pihak polis juga membuat rampasan membabitkan sekeping resit dan seketul logam berwarna kekuningan dianggarkan seberat 11.52 gram.

“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibuat pada Khamis dan semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu,” katanya.

Rusdi berkata, polis masih meneruskan siasatan dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas pegawai kanan polis berusia 59 tahun membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 8 Oktober lalu selepas mendapati barangan kemas dipakai anak perempuannya ketika meninggal dunia, didapati hilang.

Dia mendakwa selepas jenazah anaknya yang berusia 26 tahun itu selesai dikebumikan di Banting, Selangor, dia cuba mencari rantai, loket dan gelang emas pemberian nenek serta kakak mangsa, namun tidak dijumpai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram