MISTERI seorang kanak-kanak bermain bersendirian di tengah-tengah lebuh raya Pan Borneo dekat Serian Sarawak sehingga hampir dilanggar orang awam terungkai selepas ibu saudaranya tampil membuat kenyataan di laman media sosial.
Menerusi ruangan komen TikTok Majoriti, wanita terbabit Nurul Huwaina Hussin memaklumkan anak buahnya itu bukanlah sengaja diabaikan seperti yang didakwa segelintir warga maya.
Jelasnya, kanak-kanak tersebut merupakan anak istimewa yang menghidap autisme dan berkemungkinan terlepas keluar daripada rumah pengasuh pada waktu kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Sampai 3 kereta berhenti mengejut cuba elak budak kecil main sendirian di tengah jalan
"Alhamdulillah ALLAH masih selamatkan anak saudara saya Faqihuddin.
"Anugerah ALLAH anak autisme, kakak saya dan suaminya cikgu. Mereka tinggalkan anak pada pengasuh dan pengasuh sudah menjaga sehabis baik," tulisnya.
Sakit jantung tengok videohttps://t.co/F3MJuAsGSn pic.twitter.com/eqLBywIHc4
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) October 30, 2024
Terdahulu, media melaporkan beberapa pengguna jalan raya telah mengelak dan memberhentikan kenderaan masing-masing selepas melihat seorang kanak-kanak berada di tengah-tengah jalan raya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan tersebut, kanak-kanak tersebut itu kelihatan berada di tengah-tengah jalan raya tersebut tanpa pengawasan ibu bapa mahupun orang dewasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram