Dakwaan rakyat Malaysia jadi tentera upahan Ukraine, polis tunggu butiran terperinci Kedutaan Rusia


  • 112
  • Khamis, 31 Okt 2024

Tular gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

POLIS sudah menghubungi Kedutaan Rusia berhubung dakwaan tular melibatkan seorang warganegara Malaysia menjadi tentera upahan Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak kedutaan untuk pengesahan perkara itu.

Beliau berkata, Unit Khas Bukit Aman juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Kedutaan Rusia.

BACA LAGI: Polis siasat penemuan MyKad, lesen memandu Malaysia di Ukraine

BACA LAGI: Sempat beritahu nak tenangkan diri di Pulau Pinang, gadis 18 tahun asal Tampin tak pulang rumah lebih seminggu lepas keluar bekerja

Katanya, pihaknya juga sudah berhubung dengan keluarga individu terbabit yang dilaporkan sedang belajar di luar negara.

"Tindakan sedang diambil oleh polis dan kami menggesa orang ramai supaya tidak terlibat dalam spekulasi.

"Orang ramai juga diingatkan supaya mengelak daripada terlibat dengan mana-mana tentera asing atau konflik yang melibatkan negara lain," katanya pada Khamis.

Sebelum ini, tular penemuan dua keping gambar menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan perang di Livadny, Zaporizhia, Ukraine. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram