Polis siasat penemuan MyKad, lesen memandu Malaysia di Ukraine


  • 112
  • Rabu, 30 Okt 2024

Tular gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesahkan dakwaan penemuan MyKad dan lesen memandu ditemui di Levadne di Zaporizhia, Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak PDRM pada Selasa sedang menyemak tuntutan tersebut dengan mendapatkan butiran daripada Kementerian Luar.

Beberapa visual yang menunjukkan gambar MyKad dan lesen memandu Malaysia tular baru-baru ini berikutan ia dijumpai di kawasan perang Ukraine.

BACA LAGI: [VIDEO] Alami demam panas, rebah di tepi jalan antara cabaran peminat Ronaldo sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi demi bertemu idola

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mendonia nama Melaka', rakyat bangga anak Malaysia antara watak bangunkan Royal Clock Tower di Makkah

2136835

Pihak PDRM sedang menyemak tuntutan tersebut dengan mendapatkan butiran daripada Kementerian Luar.

Dokumen berkenaan dilaporkan ditemui selepas tentera Rusia mengambil kedudukan Ukraine di Levadne yang menjadi medan pertempuran kedua-dua negara itu.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan kebenaran maklumat terbabit dan menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa berada di luar negara.

Katanya, walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri.

Terdahulu tular sekeping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Ia didakwa ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram