Malaysia lebih selamat, Thailand pula duduki tangga ke-5 negara paling ditakuti pelancong asing pandu kenderaan


  • Massa
  • Rabu, 30 Okt 2024

Thailand menduduki tempat kelima negara yang ditakut pelancong untuk memandu kenderaan. — Agensi

THAILAND menjadi negara Asia Tenggara paling ditakuti pelancong asing untuk memandu kenderaan disebabkan beberapa faktor tertentu, kata kajian yang dijalankan syarikat United Kingdom, Scrap Car Comparison.

Berdasarkan kajian Scrap Car Comparison yang dilaksanakan melibatkan lebih 2,000 pemandu pelancong asing itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketakutan dan kebimbangan pelancong untuk memandu di negara yang dilawati termasuk beza tempat duduk pemandu dan tahap kesesakan lalu-lintas.

Scrap Car, sebuah syarikat yang mengendalikan urusan pembelian kenderaan sekerap, berkata, tinjauan tersebut bertujuan untuk mengetahui negara manakah yang paling ditakuti oleh orang ramai ketika memandu kenderaan.

"Memandangkan ramai pelancong akan menyewa kereta semasa berada di berada luar negara untuk mendapat lebih kebebasan ketika meneroka lokasi baharu, tinjauan ini mencari maklumat sebab mereka berasa sedemikian, mengapa mereka cemas?" kata syarikat itu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Tinjauan itu meletakkan skala satu hingga 10 tahap gementar mereka ketika memandu di negara asing (tidak gementar langsung dan 10 sangat gementar).

767847756

India menduduki tempat pertama negara yang paling ditakuti oleh pelancong untuk memandu kenderaan. — Agensi

India mendahului carta dengan purata 'ketakutan' mencatatkan 7.15 daripada 10 menjadikan negara tersebut adalah lokasi paling gementar untuk pelancong memandu kenderaan.

Venezuela menduduki tempat kedua dengan markah 6.97, diikuti Zimbabwe (6.9), Maghribi (6.87) dan Thailand (6.86).

Bagaimanapun, pelancong asing tidak gugup memandu di China berdasarkan hasil tinjauan itu yang menunjukkan markah 6.84, sekali gus di tangga keenam di belakang Thailand.

Tunisia, Brazil, Colombia dan Malaysia masing-masing menduduki tempat ketujuh hingga kesepuluh.

Tinjauan Scrap Car Comparison itu memberikan gambaran keseluruhan pemanduan di Thailand seperti berikut:

"Pemandu kenderaan di Thailand memandu di sebelah kiri, menyebabkan pemandu berasa janggal selain keadaan motosikal yang banyak sehingga ada yang mencelah, menyebabkan pemandu berasa gugup.

"Kesesakan lalu lintas pula adalah perkara biasa di bandar seperti Bangkok dan Chiang Mai tetapi kawasan luar bandarnya memiliki pemandangan yang memukau seperti kawasan pergunungan dan pantai yang indah untuk dinikmati oleh pemandu,” jelas tinjauan itu.

Kebimbangan paling utama pelancong asing adalah laluan bertentangan di jalan raya dengan lebih separuh (56.2 peratus) daripada semua pemandu menyatakan rasa bimbang terhadap situasi tersebut.

Kekhuatiran kedua terbesar pula adalah pemanduan secara berbahaya oleh pengguna lain (55.9 peratus), manakala 52.7 peratus responden berkata mereka takut untuk melanggar undang-undang jalan raya secara tidak sengaja di negara asing. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram