POLIS menemukan lebih RM7 juta daripada RM20 juta wang tebusan yang dibayar kepada sekumpulan penculik yang terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan Johor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, wang itu ditemukan dalam pelbagai jenis mata wang susulan penahanan 14 suspek yang terlibat dalam kejadian 13 Oktober lepas.
BACA LAGI: [VIDEO] Terlupa mesin masih beroperasi, pekerja kilang di China terbelah 2 dihimpit pemadat logam
“Jumlah yang diperoleh daripada kejadian itu berjumlah kira-kira RM1.95 juta dan S$1 juta (RM3.3 juta), serta 400,000 Tether dalam mata wang kripto (dianggarkan RM1.75 juta).
“Suspek yang ditahan pada Selasa (22 Oktober) hingga Rabu (29 Oktober) itu telah memainkan peranan berbeza dalam perancangan tersebut iaitu sebagai menjalankan penculikan dan pelupusan barang yang digunakan semasa kejadian itu.
"Terdapat juga kumpulan dalam kalangan suspek yang terlibat menguruskan mata wang kripto," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Johor pada Rabu.
Tambahnya, 11 daripada suspek yang ditahan adalah warga tempatan termasuk seorang wanita yang merupakan ahli keluarga mangsa.
Baki suspek adalah warga Vietnam termasuk seorang wanita.
Kesemua suspek berusia 23 hingga 58 tahun dan kini ditahan reman polis sehingga 5 November.
Selain wang, polis turut menemui sepucuk pistol bersama 250 peluru hidup dan sepasang gari.
Ditanya motif penculikan sama ada ia dikaitkan dengan kepentingan perniagaan atau hubungan cinta, Mohd Shuhaily berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.
“Kami juga sedang mengesan suspek lain yang masih bebas,” maklumnya sambil menambah beberapa suspek yang ditahan yang memiliki rekod jenayah lampau.
Mangsa seorang pemaju diculik kira-kira pukul 5 pagi pada 13 Oktober lepas dan kemudian dibebaskan pada pukul 12 tengah hari.
Dia membuat laporan polis kira-kira pukul 7 malam pada hari yang sama.
Menurut laporan China Press, pemaju yang berusia 59 tahun itu dijadualkan dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi untuk tujuan urusan perniagaan semasa kejadian itu berlaku.
Penculik meminta wang tebusan RM30 juta dan selepas berunding, jumlah tersebut dapat dikurangkan kepada RM20 juta. The Star/Yee Xiang Yun
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram