910 premis makanan kotor diarah tutup — KKM


  • Primer
  • Rabu, 30 Okt 2024

Individu yang gagal membayar kompaun boleh didakwa dan jika disabit kesalahan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

SEBANYAK 910 daripada 63,784 premis yang diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Januari hingga Jun diarah tutup berikutan masalah kebersihan.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, KKM berkata sebanyak 16,415 notis kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan dalam tempoh tersebut.

Sebanyak 84.7 peratus atau 79,818 daripada 94,275 pengusaha makanan yang diperiksa di seluruh negara didapati telah menerima suntikan vaksin tifoid.

BACA LAGI: Murid lelaki berbaju merah jalur hijau hilang ketika ke sekolah agama di Kuala Lumpur

BACA LAGI: 'Maaf, saya tak setuju,' MP Rasah bimbang langkah tarik subsidi pendidikan T15 jejas kesihatan mental, psikologi pelajar

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pengusaha dan pemilik premis makanan yang gagal mematuhi kehendak undang-undang,” katanya.

KKM turut menyatakan bahawa pihaknya mengambil perhatian dan memandang serius terhadap laporan The Star pada 27 Oktober bertajuk 'Bantahan terhadap keselamatan makanan'.

1927531

Tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kedai makanan kotor akan diambil termasuk perintah menutup premis bagi tempoh tidak melebihi 14 hari.

Laporan itu menyentuh amalan tidak bersih dalam kalangan premis makanan dan menggesa langkah tegas diambil terhadap pengendali yang gagal memenuhi piawaian kesihatan.

Selain itu, KKM memaklumkan kemungkinan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kedai makanan yang kotor atau tidak bersih akan diambil, termasuk perintah menutup premis itu untuk tempoh tidak melebihi 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan.

Mereka yang melanggar arahan berkenaan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

KKM juga berkata, peruntukan kebersihan di premis makanan, amalan pengendalian melibatkan makanan dan perkakas serta pengangkutan, disenaraikan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Individu yang gagal membayar kompaun boleh didakwa dan jika disabit kesalahan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

2992544

Pengusaha kedai makan yang gagal membayar kompaun boleh didakwa dan jika disabit kesalahan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Kesemua pemilik premis dan pengendali makanan diingatkan supaya amalan kebersihan dan keselamatan makanan dapat diteruskan dengan baik serta mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan untuk kesihatan awam.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan 'Perhati dan Pilih' (dengan mengunjungi) ke premis makanan bersih yang memaparkan logo Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada kementerian," tambahnya.

Amalan 'lihat, bau dan rasa' adalah langkah pertama dan paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.

Individu yang bercadang untuk memuat naik gambar atau video berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di media sosial perlu menyatakan lokasi premis terbabit, supaya tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram