SERAMAI 424 kanak-kanak yang terlibat dalam kes Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) menjalani program pemulihan di bawah kendalian kerajaan Selangor dan dipantau dari masa ke masa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, mereka melaksanakan pengasingan terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma atau berada dalam keadaan kronik.
Mereka yang berada dalam kategori itu menjalani program pemulihan berbeza dengan kanak-kanak lain dalam kategori 'mild' dan 'moderate'.
BACA LAGI: Ahli GISBH mengaku tak bersalah miliki 38 penerbitan terlarang berkaitan Al-Aqram
"Mereka (yang berada dalam kategori kronik) akan diletakkan dalam kategori rehabilitasi berbanding mereka yang berada di tahap pertengahan atau rendah, itu yang kami pantau dari masa ke masa.
"Dari sudut pelaksanaan, program pemulihan sedang berjalan dengan baik dan semua agensi kerajaan sedang bekerjasama untuk memberikan bantuan mengikut skop kerja masing-masing," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor mewujudkan jawatankuasa untuk memulihkan kanak-kanak yang menjadi mangsa kes GISB.
Pemulihan kanak-kanak tersebut merangkumi empat aspek iaitu pendidikan, kebajikan, kesihatan mental dan perundangan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram