Lampu jalan asyik kena curi, jejas keselamatan penduduk di Sibu


  • Massa
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Michael (kiri) memeriksa salah satu lampu jalan solar yang rosak di Jalan Diong Kik.

TIGA lampu jalan solar yang dipasang untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di sepanjang Jalan Diong Kik dan Lorong Deshon di Sibu, Sarawak, telah dicuri.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang berkata, penduduk tempatan sudah membuat laporan mengenai kecurian itu.

“Penduduk mendapati ketiga-tiga lampu jalan itu hilang pada waktu yang sama.

“Dua lampu dicuri di Jalan Diong Kik manakala satu lagi di Lorong Deshon 18,” katanya.

BACA LAGI: Terpaksa berhenti kerja jaga anak, saintis lebar sayap terokai bidang kosmetik

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah terima 'bungkusan' tongkeng ayam dan rambut, Wan Azmir anggap hanya mainan psikologi takutkan peguam

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu menganggarkan setiap lampu jalan berharga kira-kira RM2,000.

"Kemungkinan pencuri memotong tiang besi menggunakan gergaji elektrik," katanya.

Pada 2022, beliau menanggung kos pemasangan 20 lampu jalan solar untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, sementara menunggu pihak berkuasa memasang lebih banyak lampu.

Katanya, pemasangan itu melegakan penduduk di kawasan itu kerana jalan raya di kawasan berkenaan agak gelap.

"Namun, kelegaan mereka tidak bertahan lama apabila terdapat individu bertindak mencuri lampu jalan di lorong terlibat," ujarnya.

Tambahnya, lampu itu akan diganti dengan tiang besi yang lebih tebal bagi mengelak kejadian sama berulang.

Michael turut menggesa masyarakat untuk mengelak daripada mencuri harta awam berikutan ia menyebabkan bebanan kepada semua orang. — The Star/ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram