Dah macam 'Colombia', lelaki parah ditembak masa tunggu anak depan sekolah di Sibu


  • 112
  • Khamis, 24 Okt 2024

Seorang lelaki cedera parah dipercayai ditembak seorang individu tidak dikenali di Jalan Wong King Huo 21 dekat Sibu, Sarawak pada Khamis.

SEORANG lelaki cedera parah dipercayai ditembak seorang individu tidak dikenali di Jalan Wong King Huo 21 dekat Sibu, Sarawak pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 2 hingga 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa yang berusia 40 tahun telah dikejarkan ke hospital swasta berhampiran.

BACA LAGI: Tragedi teman ayah pergi bank, budak 7 tahun maut kena hempap bongkah simen di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kedai makan cedera lengan kanan kena tetak lelaki berparang di Raub

"Ketika kejadian, mangsa berada di bahagian tempat duduk pemandu sebelum suspek tiba-tiba menghampiri mangsa dan melepaskan tembakan.

"Suspek kemudiannya melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.

"Difahamkan mangsa yang cedera parah keluar dari kenderaan tersebut menjerit meminta tolong daripada orang awam sebelum rebah ke jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan motif serangan masih belum diketahui setakat ini.

Sementara itu, melalui perkongsian warga maya, Alex Entap, kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan sedang menunggu anaknya pulang dari sesi tuisyen di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

"Ada saksi dengar bunyi macam meletup dan kemudian mangsa menjerit. Banyak kes tembak di Sibu sekarang.

"Ingatkan di Colombia tetapi realitinya Sibu, Sarawak. Mudah betul penjenayah dapat senjata sekarang," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram