Kerap terkesan dengan cuaca, menteri mahu penduduk Sibu buat permohonan rasmi wujudkan pusat seni persembahan


  • Primer
  • Isnin, 21 Okt 2024

Abdul Karim (tiga dari kiri) menggesa penduduk Sibu supaya membuat permohonan rasmi mengenainya.

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru penduduk Sibu, Sarawak membuat permohonan formal bagi meminta sebuah pusat seni persembahan untuk dibangunkan.

"Komuniti setempat perlu membuat permohonan sekiranya mereka mahu sebuah fasiliti disediakan. Kita memerlukan infrastruktur sedemikian bagi tujuan mempersembahkan seni dan bakat kami," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Festival Tarian Antarabangsa Sibu (SIDF) di Dataran Tun Tuan Bujang, Sibu sambil menjelaskan Dewan Undangan Negeri lama yang terletak di Kuching, Sarawak sedang diubah suai untuk menjadi pusat seni persembahan dijangka siap menjelang 2027.

BACA LAGI: Proses naik taraf jalan raya di Sibu dijangka siap sepenuhnya 5 Disember

BACA LAGI: Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024

460723476_923994446415543_4728190311006161797_n

Penganjuran SIDF akan mengumpulkan pelbagai seni buat orang ramai. — Facebook/SIDF

"Sebelum ini, saya ditanya sekiranya pusat sedemikian akan dibangunkan di lokasi-lokasi lain. Saya berkata, ia bergantung kepada kawasan, sama ada di Sibu atau tempat-tempat lain.

"Saya tidaklah mengatakan penganjuran persembahan di ruang terbuka sebegini (Dataran Tun Tuanku Bujang) kurang menarik. Tetapi, faktor lain seperti hujan akan memberi kesan.

Abdul Karim turut berkata, sebuah pusat yang dikhaskan untuk tujuan itu akan membolehkan persembahan lebih berkualiti ditonjolkan di hadapan penyokong lebih ramai.

Namun, sekiranya pusat baharu tidak dapat dibangunkan, pusat komuniti lain boleh diubah suai untuk membuka ruang menganjurkan persembahan kebudayaan sebegini.

"Dengan cara sebegini, kita akan memiliki ruang untuk mengadakan program sedemikian tanpa mengkhuatiri keadaan cuaca.

SIDF yang diadakan buat kali ke-10 tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Hornland Dance Theatre, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Majlis Perbandaran Sibu (SMC).

Majlis itu memaparkan pelbagai jenis tarian moden dan tradisional selama tiga hari penganjurannya dengan beberapa figura penting hadir, seperti Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Pengerusi SMC, Clarence Ting Ing Horh. — The Star/ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram