Beli 'lesen terbang' di media sosial, pemandu lori kena cekup JPJ di Saujana Putra


  • 112
  • Selasa, 22 Okt 2024

Anggota JPJ melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori. — Gambar Fail

SEORANG pemandu lori gagal melarikan diri daripada ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati menggunakan lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen memandu barang (GDL) palsu.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata, dalam kejadian pada Ahad, 20 Oktober lalu, pemandu lori berkenaan berjaya ditahan oleh pegawai rondaan JPJ di Plaza Tol Saujana Putra.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga Alor Setar buat repot polis, dakwa dikasari pegawai khas MB Kedah

BACA LAGI: Perubahan hujung minggu akan beri impak kepada 2.5 juta rakyat — MB Johor

Ketika diminta menunjukkan dokumen perjalanan, pemandu lori itu mengeluarkan lesen palsu tersebut.

“Siasatan awal menunjukkan pemandu lori itu membeli lesen itu melalui media sosial. Setiap lesen berharga RM3,000 hingga RM5,000 dan pemandu itu dipercayai telah menggunakannya selama dua tahun,” kata Azrin dalam kenyataan pada Selasa.

From April, used car dealers will no longer have to go to the Road Transport Department to temporarily transfer the ownership of vehicles

Lori yang dipandu oleh pimilik lesen palsu itu telah dirampas dan dibawa ke pejabat JPJ Shah Alam.

Azrin turut menyatakan pemandu lori yang berusia 28 tahun itu telah mengambil peperiksaan dalam talian di institut memandu tetapi gagal.

Lori berkenaan telah disita dan dibawa ke pejabat JPJ Shah Alam tetapi maklumat lanjut pemandu lori berkenaan tidak dikongsikan.

Kesalahan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 108(3)(e) kerana memalsukan dokumen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda RM20,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram