[VIDEO] Warga Pakistan cuba buat hati kering berniaga kasut di kaki jalan Bukit Bintang depan van DBKL


  • Tular
  • Selasa, 22 Okt 2024

Tangkap layar menunjukkan warga asing dipercayai dari Pakistan berniaga di Jalan Bukit Bintang.

TULAR sebuah video di media sosial menunjukkan rakaman dua individu dipercayai warga Pakistan membentangkan kanvas dan meletakkan pelbagai jenis kasut bertujuan untuk berniaga di kaki jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Video tersebut turut memperlihatkan sebuah unit van Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di seberang jalan sambal individu yang berniaga itu membungkus semula barang jualannya untuk beredar.

Persoalan timbul dalam kalangan warga maya apabila ada yang mendakwa penguat kuasa tidak mengambil tindakan termasuk menyita barang barangan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan Dhaka, warga Bangladesh selamba meniaga sirih tepi jalan siap pasak khemah di 2 lokasi panas di Lembah Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Tidak sampai sebulan DBKL gempur ibu kota, penjaja warga asing masih bermaharajalela

WhatsApp Image 2024-10-22 at 11.35.09 AM

Ruangan komen menunjukkan perasaan tidak puas hati warga warga maya.

Video berdurasi 1.03 minit itu menyebabkan rata-rata warga maya tidak berpuas hati dan mempersoalkan integriti DBKL dalam membanteras perniagaan tidak berlesen di ruangan komen.

"Kenapa DBKL tidak ambil tindakan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Ada apa-apakah di sebalik van DBKL tu?" kata seorang pengguna media sosial.

"Sempat lagi bungkus, van DBKL ada saja dekat depan tu, apa yang berlaku ini?" komen seorang lagi.

WhatsApp Image 2024-10-22 at 11.35.08 AM

Van DBKL yang berhenti di seberang jalan.

Buat makluman, tindakan sitaan adalah undang-undang yang peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dari DBKL dan UUK 22(1)(b) serta 5 kes sitaan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

Bagaimanapun video tersebut tidak menunjukkan keseluruhan situasi dan berkemungkinan penguat kuasa DBKL sedang menjalankan operasi lain di kawasan berdekatan.

Mungkin peniaga warga asing itu 'bernasib baik' terlepas daripada tindakan undang-undang.

Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut untuk menghubungi pihak DBKL berhubung kejadian tersebut yang tidak dapat dipastikan tarikh sebenar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram