
MEMASTIKAN meja teratur sama ada di rumah atau di pejabat boleh membantu anda untuk meningkatkan tumpuan.
Pakar psikologi, Iris Dohmen, yang memberi nasihat kepada syarikat mengenai isu termasuk tekanan dan pengurusan masa menerangkan tentang faedah ruang kerja yang kemas.
Mengapakah meja yang kemas membantu saya bekerja dengan lebih berkesan? Mengapa ia mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan?
Meja yang kemas menonjolkan keperibadian seseorang.
Iris berkata, perkara itu berkait dengan organisasi dan pengurusan masa.
"Tahap tekanan saya berkurangan apabila saya mengekalkan organisasi, walaupun di tempat kerja saya," katanya.
Iris berkata, ruang kerja yang tidak kemas boleh menarik kritikan daripada penyelia dan rakan sekerja.
Meja yang tidak teratur juga boleh memberikan tanggapan yang salah kepada orang luar, yang boleh mengundang kesan negatif kepada anda secara peribadi serta orang lain yang berada dalam syarikat.
Kajian menunjukkan bahawa jika meja kelihatan tidak teratur, pekerja kadang-kadang dianggap sebagai orang yang tidak teratur dan tidak sepenuhnya komited kepada pekerjaan mereka.
Apakah gangguan terbesar? Selain semua peralatan yang diperlukan, apakah yang baik untuk ada di atas meja?
Meletakkan gambar anak di meja boleh membantu seseorang menghadapi hari yang penuh kesibukan.
Meletakkan gambar anak-anak atau pasangan anda boleh membantu menghadapi situasi yang penuh tekanan.
Melihat gambar tersebut boleh mengalihkan perhatian anda sejenak dan membantu untuk kekal positif terutama sewaktu sedang membuat panggilan telefon bersama pelanggan.
Iris berkata, meja segelintir individu sering kali dipenuhi dengan barang-barang peribadi.
"Teka-teki Sudoku atau majalah boleh menganggu. Oleh itu, penting untuk mengekalkan keseimbangan," katanya.
Seberapa kemaskah meja anda?
Iris berkata, dia sentiasa menyusun mejanya mengikut topik.
"Saya sentiasa menyimpan perkara yang paling penting di tangan. Susunan item di atas meja hendaklah berdasarkan kesegeraan dan kerelevanan.
"Dalam dua hari akan datang, saya mungkin mendapat panggilan daripada pelanggan utama, jadi saya perlu bersedia dan tahu di mana hendak mencari semua kertas kerja yang diperlukan. Apa-apa yang kurang akan kelihatan tidak profesional," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram