Ibu bapa perlu banyakkan interaksi bersama anak — Wan Azizah


  • Primer
  • Ahad, 20 Okt 2024

Wan Azizah ketika berucap pada program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa di Masjid Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan.

PENGERUSI Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dan berinteraksi dengan anak-anak bagi menjalinkan hubungan yang lebih harmoni.

Menurutnya, ia boleh membantu dalam menangani isu kesihatan mental seperti kemurungan, yang boleh berlaku kepada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

BACA LAGI: Polis buka siasatan dakwaan anak Abuya diperkosa

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat wanita 'saka' mengamuk serang guna buluh di Saujana Utama

“Masalah kemurungan meningkat dua kali ganda.

“Sebagai individu, kita kena lihat cara menanganinya. Terutama anak-anak sekarang, semuanya dengan telefon bimbit. Mereka tidak bersama kita tetapi (berada) di alam maya.

“Sebagai ibu bapa, kita juga harus melihat bagaimana kita meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak-anak kita,” kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa di Masjid Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan pada baru-baru ini.

Program berkenaan dianjurkan oleh Kasih Malaysia bersama kerjasama Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (Bakriyah) dan Masjid Sri Sendayan.

462210608_18463037257006542_2284740690309681456_n

Pengerusi Kasih Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Ia itu turut dihadiri Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan dan Yang Dipertua Bakriyah, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Wan Hasni berkata, program itu diadakan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran tentang isu berkaitan kesihatan mental.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami dan menyokong isu berkaitan kesihatan mental dan berusaha untuk menghapuskan stigma yang sering menghalang individu daripada mendapatkan bantuan.

Tambahnya, setiap orang harus mempunyai kesedaran bahawa masalah kesihatan mental tidak mengenali umur, latar belakang atau status sosial. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram