Sarawak sasar 60 peratus kemasukan pelajar aliran STEM menjelang 2030


  • Massa
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak komited merealisasikan impian pelajar melalui aliran STEM. — Facebook / Kelvin Pudun Dennis

SARAWAK menyasarkan 60 peratus kemasukan pelajar sekolah dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini adalah sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Menurut Roland, setakat ini hanya 30 pelajar pelajar di Sarawak yang mendaftar dalam bidang STEM.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Mahu perkukuh seni, Malaysia bakal tonjolkan kraf tangan tempatan di Sidang Kemuncak Asean 2025

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Hampir RM550 juta pergiat promosi, aktiviti pelancongan negara

“Kementerian komited untuk membantu pelajar merealisasikan impian mereka melalui bidang ini menerusi pelbagai inisiatif yang mempromosikan STEM di seluruh negeri.

"Ini termasuk program yang direka khas untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan,” katanya pada majlis perasmian STEM Hub dan Karnival STEM, Ekspo Mini STEM Badug (BSMEx) 3.0 di SMK Padawan di Kuching, Sarawak.

“Acara seperti Mini STEM Expo adalah peluang terbaik untuk pelajar mengalami kreativiti yang ditawarkan STEM melalui pertandingan, aktiviti praktikal dan bengkel menarik.

“Kami ingin pelajar memahami bahawa STEM bukan sekadar subjek di sekolah, tetapi juga merupakan elemen menarik dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu berkata, kementeriannya juga memberi tumpuan untuk memastikan para guru mendapat sokongan dan sumber yang diperlukan untuk membimbing pelajar.

“Walaupun sasaran kerajaan Sarawak untuk mencapai 60 peratus penyertaan STEM menjelang 2030 kelihatan besar, saya percaya ia boleh dicapai,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, Roland menyaksikan penyerahan Nota Perjanjian Perkongsian Komuniti yang ditandatangani antara SMK Padawan dan badan bukan kerajaan, Lighthouse of Hope (Sarawak).

Pada 16 April lalu, STEM Hub iaitu sebuah inisiatif daripada Lighthouse of Hope telah dilancarkan. — The Star /ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram