[VIDEO] Beza haluan politik, jurang usia punca Ahli Parlimen termuda Perancis 'kena sidai'


  • Benua
  • Selasa, 15 Okt 2024

Ahli Parlimen Francois Piquemal, yang mewakili La France Insoumise, membuat gerakan gunting, kertas dan batu untuk mengelak berjabat tangan dengan Termet.

TULAR satu video di media sosial memaparkan sikap kurang sopan sebahagian Ahli Parlimen terhadap anggota yang baru sahaja dilantik dalam pilihan raya di Perancis baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di laman X itu, Ahli Parlimen termuda, Flavien Termet yang ditugaskan untuk mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen menerima layanan kurang sopan.

Termet yang merupakan ahli politik muda itu baru dilantik daripada parti berhaluan kanan National Rally, dilihat berdiri di sebelah peti undi dalam kejadian ketika sesi undian Parlimen pada 18 Julai lalu.

BACA LAGI: Aston Villa siasat dakwaan Man United 'diintip', arahan sulit ten Hag terbongkar

BACA LAGI: 'Killer yang problem tekong pula yang sampai', fans desak Johor Tigris cepat-cepat 'sign' perejam Thailand

Dalam video yang berdurasi 40 saat itu memaparkan Termet yang berdiri di sebelah kiri peti undi memberi isyarat hormat dengan menghulurkan tangan kepada seorang demi seorang Ahli Parlimen masuk untuk membuang undi.

Namun, apabila Ahli Parlimen daripada parti sayap kiri sudah membuang undi ke peti undi, mereka enggan berjabat tangan dengan Termet yang berusia 22 tahun.

Tindakan itu jelas menunjukkan mereka mengabaikan isyarat Termet untuk berjabat tangan.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen, Francois Piquemal yang mewakili La France Insoumise, menggunakan' gerakan gunting kertas batu' untuk mengelak berjabat tangan dengan Termet.

Video tersebut jelas menunjukkan ketegangan dan perpecahan politik wujud di Parlimen Perancis.

Sebagai rekod, Termet berusia 22 tahun ketika pertama kali terpilih, menjadikannya salah seorang Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Perancis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram