Tukar cuti Sabtu dan Ahad, Johor wajibkan pelepasan solat Jumaat kepada sektor awam dan swasta


  • Primer
  • Isnin, 14 Okt 2024

Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bagi memberi ruang kepada pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat bermula 1 Januari 2025. — Gambar hiasan

SEMUA majikan di Johor termasuk sektor awam dan swasta di Johor diwajibkan memberi pelepasan masa mencukupi kepada pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat apabila penyelarasan semula cuti hujung minggu dilaksanakan bermula 1 Januari tahun depan.

Perkara itu ditegaskan oleh Exco Hal-Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khaled dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jadual waktu persekolahan termasuk sekolah agama juga perlu disusun semula bagi membolehkan ibu bapa mempunyai ruang waktu mencukupi bagi menguruskan anak-anak mereka pada Jumaat.

BACA LAGI: Masih boleh solat Jumaat, cuti Sabtu Ahad tak jejaskan martabat Islam di Johor

BACA LAGI: Majikan perlu sedia waktu mencukupi pekerja solat Jumaat atau berdepan tindakan — Exco Johor

"Bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri akan meneruskan penguatkuasaan kepada orang Islam yang sengaja meninggalkan solat Jumaat sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah Johor 1977," tegasnya.

Mengikut seksyen berkenaan mana-mana lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar’i atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ISI DALAM DALAM DALAM

Cuti umum Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad berdasarkan izin Yang Di-Pertuan Agong dan pandangan beberapa pihak termasuk rakyat.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa keputusan menukar cuti umum kepada Sabtu dan Ahad berdasarkan izin Yang Di-Pertuan Agong dan pandangan beberapa pihak termasuk rakyat.

Tegas baginda, keputusan itu dibuat selepas mendapat izin daripada YDP Agong, Sultan Ibrahim serta pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat.

Baginda juga menyeru pihak yang kurang senang dengan keputusan itu boleh berpindah ke negeri lain yang masih mengekalkan cuti Jumaat dan Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram