Amaran buat anggota polis, jangan sesuka hati pergi ke luar negara tanpa alasan yang sah atau untuk berhibur


  • 112
  • Isnin, 14 Okt 2024

Anggota PGA cedera dalam serangan di pekan sempadan Thailand, Sungai Golok akan diambil tindakan jika didapati bersalah, tegas Razarudin.

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran kepada pegawai polis, khususnya yang bertugas di negeri-negeri sempadan, supaya tidak sesuka hati pergi ke luar negara tanpa alasan yang sah atau untuk berhibur.

Razarudin menegaskan sebagai ketua pasukan PDRM, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan dan mengambil kesempatan atas tugas.

Setiap anggota polis dari semua pangkat perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada ketua atau timbalan ketua polis masing-masing jika perlu pergi ke luar negara untuk tujuan kerja.

BACA LAGI: SPRM geledah ‘safe house’ ahli politik di Kuala Lumpur, jumpa wang RM5 juta

BACA LAGI: Masih boleh solat Jumaat, cuti Sabtu Ahad tak jejaskan martabat Islam di Johor

"Itu adalah arahan pasukan sejak lama dahulu. Bagi mereka yang gagal mematuhi peraturan, tindakan tegas akan diambil," katanya.

2651514

Pasukan Gerakan Am (PGA)

Demikian kenyataan beliau ketika diminta mengulas tentang kes seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan di pekan sempadan Thailand, Sungai Golok pada 17 Ogos.

Rentetan daripada kes tersebut, Razarudin menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota polis tersebut.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah pun menyiasat kes ini dan saya juga telah memberitahu mereka untuk mempercepatkan siasatan.

"Polis tidak akan bertolak ansur jika benar anggota PGA tersebut telah pergi ke luar negara untuk urusan peribadi. Jika beliau didapati bersalah, tindakan disiplin akan dikenakan," tambahnya.

Terdahulu, anggota PGA tersebut yang bertugas di Tumpat itu dipercayai telah menggunakan salah satu jeti haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand untuk menyeberang ke Sungai Golok untuk keluar malam.

Mangsa yang sedang berada di sebuah premis di pekan sempadan itu diserang oleh seorang lelaki pada pukul 4 pagi dan mengalami kecederaan di kepala.

Anggota berkenaan telah dihantar ke hospital di Sungai Golok untuk rawatan awal. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tumpat sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram