Berjaya tangkap 4,000 kg ikan bandaraya di Sungai Langat, kerajaan Selangor sasar operasi di Sungai Damansara


  • Massa
  • Ahad, 13 Okt 2024

Ikan bandaraya ditangkap secara aktif di Selangor sejak September.

USAHA kerajaan Selangor untuk menangkap ikan bandaraya dilihat membuahkan hasil.

Sejak melakukan inisiatif pada setiap hujung minggu bermula September, Selangor berjaya menangkap sejumlah 4,000 kilogram bagi haiwan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Agrikultur Selangor, Izham Hashim berkata, tangkapan ikan tersebut pernah mencecah 700 kilogram apabila operasi dilakukan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pendatang jadi penjajah', ikan bandaraya kini 'takluk' sungai di Malaysia

BACA LAGI: Pecah rekod, lebih 1 tan 'ikan bandaraya' ditangkap di Sungai Damansara, bakal jadi baja

"Kami melihat ada penurunan tangkapan ikan bandaraya dalam beberapa minggu kebelakangan ini berbanding semasa kami baru memulakan operasi.

"Daripada 600 hingga 700 kilogram, sekarang kami cuma dapat tangkap 200 hingga 300 kilogram ikan bandaraya seminggu," kata Izham.

Usaha menangkap ikan bandaraya akan diteruskan dengan mereka ingin meluaskan operasi ke Sungai Damansara selepas ini.

Menurut Izham, ikan bandaraya adalah spesies yang dominan di Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Selangor. Kadar pembiakan yang tinggi oleh ikan tersebut memberi ancaman kepada spesies lain di sungai-sungai tersebut.

"Kami ingin menjadikan Sungai Damansara sebagai kawasan sasaran kami yang seterusnya tapi kami akan kekalkan operasi di Sungai Langat.

"Kami juga akan memberikan tawaran RM1 bagi setiap 1 kilogram ikan tersebut berjaya ditangkap," jelas Izham. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram