Kolam tadahan terbiar di Kepong semakin cetek, penduduk bimbang tak dapat tampung banjir


  • Massa
  • Jumaat, 11 Okt 2024

DBKL digesa menaik taraf taman rekreasi di Tasik Intan Baiduri yang berfungsi sebagai kolam tadahan.

BERIKUTAN amaran yang dikeluarkan dari Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November depan dan berterusan sehingga Mac 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa menaik taraf taman rekreasi di Tasik Intan Baiduri.

Tasik di taman berkenaan dibiarkan terabai dan sepatunya berfungsi sebagai kolam tadahan di Kepong, Kuala Lumpur.

Ia sekali gus menyebabkan penduduk bimbang dengan kemungkinan banjir yang akan berlaku di kawasan sekeliling.

BACA LAGI: Tubuh pendaki solo wanita Malaysia terasa 'shut down', sesak nafas sebelum tawan puncak Everest Base Camp

BACA LAGI: Retak tulang belakang tak halang anak jati Johor tawan puncak ABC, sedang buat persiapan menuju EBC

Aktivis masyarakat, Yee Poh Ping berkata, Tasik Intan Baiduri semakin cetek akibat mendapan seperti lumpur dan pasir serta sampah.

Penduduk kini bimbang dengan kebarangkalian yang tinggi untuk kawasan perumahan tersebut banjir akibat musim tengkujuh yang bakal tiba.

"Disebabkan keadaannya yang cetek, orang ramai boleh berjalan melalui tasik itu. Ia sangat cetek sehingga kehilangan fungsi tebatan banjirnya. Monsun dijangka melanda pada November atau Disember," katanya.

Community activist Yee Poh Ping at the press conference in glutton street. —ONG SOON HIN/The Star

Yee Poh Ping.

Tambahan pula, Yee menggesa DBKL menangani isu itu dengan segera, memandangkan jumlah penduduk di situ agak besar.

"Terdapat lebih 2,000 unit di Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri yang terletak bersebelahan dengan tasik itu. Beribu-ribu unit pangsapuri dan hartanah bertanah juga berdekatan.

"Dengan itu, DBKL perlu segera membuang mendapan dan mendalamkan tasik bagi meningkatkan kapasiti dan mengurangkan risiko banjir,” jelasnya.

to get residents' comments on proposal to degazette part of lake for development. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Tasik Intan Baiduri yang berfungsi sebagai kolam tadahan di Kepong kini cetek dan terabai.

Pada masa sama, Yee turut memaklumkan tentang kekurangan kemudahan taman rekreasi yang mengelilingi tasik berkenaan.

“Taman itu tidak dilengkapi kemudahan seperti taman permainan, tandas dan gimnasium luar.

“Ia juga tidak mempunyai pagar dan lampu yang sesuai serta pondok pengawal. Ini boleh menjejaskan keselamatan pengunjung.

“Selain itu, longkang taman itu juga tidak mempunyai penutup yang menimbulkan risiko keselamatan terutama kepada kanak-kanak,” kata Yee.

Ini termasuk tiada papan tanda mengenai taman itu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 iaitu jalan utama di luar kawasan tersebut.

"Pemandu yang lalu lalang tidak menyedari kewujudan taman itu," terangnya.

DBKL harus menaik taraf kemudahan taman itu dan menjadikan tempat itu lebih menarik.

Setakat ini, DBKL masih belum menjawab pertanyaan berhubung perkara itu. — The Star/ LEW GUAN XI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram