Peminat kereta vintaj bergaya ronda KL, pamer cara unik pupuk kesedaran kesihatan lelaki


  • Massa
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Acara tersebut bukan setakat mengumpul dana bahkan peserta turut terlibat dalam aktiviti lain seperti pameran kereta dan kejohanan drift.

PEMILIK dan peminat kereta vintaj baru-baru ini telah mengadakan kempen meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan lelaki menerusi penganjuran acara Distinguished Gentleman's Drive (DGD).

Menyaksikan penyertaan dari 59 negara, program edisi keempat DGB anjuran Doplohtiga Event Management itu dibarisi 75 pemandu bersama kereta klasik masing-masing dengan menyusuri jalan-jalan Kuala Lumpur sejauh 34 kilometer (km).

Perjalanan bermula dari Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum berakhir di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

BACA LAGI: Bimbang masa depan kanak-kanak GISBH, Sultan Selangor titah proses pemulihan tak dilengah-lengahkan

BACA LAGI: Akta Perkhidmatan Pos mungkin dipinda, syarikat digalak guna EV dan AI — Fahmi

Story and pixs by RAJA FAISAL HISHAN. The Distinguished Gentleman’s Drive is a celebration of classic style. The 2024 event takes place on Sunday, September 29th. It is an on-road motoring fundraising event, uniting classic cars built 40 years or older, encouraging drivers and passengers around the world to dress dapper and drive for men’s health. All funds raised are invested in vital research and programs for prostate cancer and men’s mental health by Movember. About 75 classic cars participated taking off from Bukit Jalil and around KL city before regrouping at MATIC in Jalan Ampang for a gathering amd mingling sessions. Booths are also set up at the event and also a talk on canser by tional Cancer Society of Malaysia (NCSM), Sunday, September 29, 2024. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

DGD Malaysia sejauh 34km berakhir di Matic.

Perjalanan sepanjang acara tersebut melibatkan laluan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), Lebuhraya Ampang-Kuala (Akleh), Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang dan sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Malah, perhimpunan yang mengumpulkan kereta klasik vintaj berusia 40 tahun ke atas itu menjadi sambutan global gaya pemotoran dan pemanduan destinasi yang begitu meriah.

Bukan setakat mengumpul dana, peserta turut terlibat dalam aktiviti lain seperti pameran kereta dan kejohanan drift.

Ia termasuk ceramah mengenai kesedaran kanser prostat serta kesihatan mental lelaki anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Menerusi kerjasama NCSM itu, hasil yang diperoleh daripada acara tersebut akan dilaburkan semula dalam penyelidikan dan program untuk kanser prostat serta kesihatan mental lelaki.

Ia bertujuan menunjukkan komitmen pemandu untuk menyokong inisiatif kesihatan sambil merayakan minat golongan tersebut terhadap kereta klasik. — The Star/ JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram