ISTIADAT Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadual bermula dengan penuh Istiadat Meletak Kerja pada 22 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan Majlis Tahlil diikuti Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.
Pasangan Pengantin Diraja itu bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis
Keluarga Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menghadiri Majlis Siraman di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Bagi menghargai jasa rakyat Pahang, kesemua istiadat itu akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.
Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke beberapa acara sempena istiadat perkahwinan itu antaranya Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal dan Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Siraman di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua dari kanan) berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri di Kuala Lumpur.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja.
Tunku Azizah turut berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri yang juga berlangsung di ibu negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram