Pameran foto lama Sabah dan Sarawak di ibu negara, imbau kenangan masa lampau


  • Massa
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Dua pengunjung pameran menunjukkan beberapa gambar ahli keluarga mereka.

KEPINGAN foto-foto lama keluarga dari Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan pameran di Charlie's Cafe & Bakery di Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur.

Anjuran Canvas Art Creative, 'Stories Behind Old Photographs (Edisi Borneo)' menampilkan 30 keluarga yang mempunyai imej berbeza memberi pengunjung gambaran tentang kehidupan masyarakat di kedua-dua negeri di kepulauan Borneo.

“Ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat lebih daripada 250 etnik berbeza yang tidak diiktiraf dan diklasifikasikan sebagai 'lain-lain' dalam dokumen rasmi," kata Pengarah Urusan Canvas Art Creative, Faye Lim.

“Kami juga ingin memberitahu bahawa mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia dan ini adalah peluang untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang mereka," jelasnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

Screenshot 2024-10-04 210323

Faye Lim berkata, foto yang dipulihkan membolehkan orang ramai berasa terhubung dengan masa lalu.

Tambahnya, dia berharap generasi muda akan lebih menghargai dan mempelajari lebih banyak tentang cerita dalam komuniti tersebut.

Canvas Art Creative pakar dalam memberi nafas baharu kepada foto lama yang sudah pudar.

“Perniagaan ini diusahakan oleh mendiang ibu bapa saya dan kini saya berbesar hati untuk mengambil alih kemahiran itu," ujarnya.

Dia percaya dalam mengekalkan detik-detik berharga dari masa lalu supaya orang ramai boleh terus menceritakan kisah tersimpan mereka.

“Lama kelamaan, banyak imej itu menjadi rosak, tetapi melalui pemulihan, foto-foto itu mampu memberi gambaran kisah penduduk dari Sabah dan Sarawak yang membolehkan pengunjung berasa seolah-olah terhubung dengan masa lalu,” tambahnya.

Pameran berkenaan susulan kejayaan pameran 2023 mengenai kumpulan etnik biasa di Malaysia yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya (MOTAC).

Kali ini, Canvas Art Creative memfokuskan untuk memperkasakan suara masyarakat terpinggir dari Sabah dan Sarawak untuk menyerlahkan kehidupan dan budaya unik masyarakat dari rantau tersebut.

Salah seorang pengunjung, Maurice D. Giluk berkata, usaha yang dilakukan oleh penganjur adalah penting kerana ia mengekalkan gambar yang akan hilang pada masa akan datang.

Stories Behind Old Photographs (Edisi Borneo) berlangsung sehingga 7 Oktober bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam. — The Star/DHIVYA TERESA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram