Bagai dapat durian runtuh, lelaki warga emas terima wang tidak dituntut RM18,000


  • Primer
  • Selasa, 01 Okt 2024

Lelaki bertuah (tengah) yang menerima sejumlah wang RM18,000 ketika melawat di reruai MOF pada Ahad lalu. — MOF

SEORANG lelaki warga emas menerima kejutan istimewa dalam hidup apabila rupanya mempunyai sejumlah wang yang tidak pernah diketahui adalah miliknya.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, lelaki tersebut tidak menyedari bahawa dia mempunyai RM18,000 wang tidak dituntut daripada kerajaan.

Menurutnya, lelaki berasal dari Miri, Sarawak mula mengetahui berita gembira itu ketika melawat reruai MOF di Program Madani Rakyat di Miri pada Ahad lalu.

BACA LAGI: Kontrak tak disambung lepas 15 tahun berkhidmat, Hendrawan akan tinggalkan BAM akhir Oktober

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia sasar jadi hab penjanaan, siapkan Pelan Tindakan Teknologi AI dalam tempoh 12 bulan — PM Anwar

1700094

MOF berkata, wang tersebut baru disedari ketika lelaki tersebut melawat reruai MOF di Miri, Sarawak. — Gambar hiasan/The Star

MOF juga menyatakan bahawa wang itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun banknya dalam tempoh 30 hari selepas Jabatan Akauntan Negara menerima dokumen lengkap.

"Sehingga Februari 2024, terdapat RM15.4 bilion dalam bentuk wang tidak dituntut dan RM3.8 bilion dalam jumlah pembayaran.

"Pada masa ini, semua wang tidak dituntut oleh individu atau syarikat dipindahkan ke Akaun Amanah Disatukan yang akan dipegang selama 15 tahun sebelum ia disalurkan ke Akaun Hasil Disatukan," maklumnya.

Bagaimanapun, pada 11 Mac, kerajaan mencadangkan untuk memendekkan tempoh luput 15 tahun kepada 10 tahun.

Sementara itu, orang ramai boleh menyemak status mereka dan menuntut wang mereka jika boleh didapati melalui portal eGumis di https://egumis.anm.gov.my/ atau di mana-mana kaunter Jabatan Akauntan Negara di seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram