Guru didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki, mohon kurangkan jaminan sebab status ibu tunggal


Retha mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River atas pertuduhan menceroboh bilik pejabat bekas teman lelaki di sebuah klinik, Mac lalu. — Agensi/FMT

SEORANG guru wanita didakwa di Mahkamah Majistret Slim River dekat Slim River, Perak pada Isnin atas pertuduhan menceroboh kawasan bilik pejabat bekas teman lelakinya pada Mac lalu.

Tertuduh, N. Retha, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret G. Phulrani Kaur.

Retha yang juga merupakan penolong kanan kegiatan kokurikulum, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki pejabat P. Navaneeth, 35, kira-kira pukul 3 petang di sebuah klinik dekat daerah Muallim pada 3 Mac lalu.

BACA LAGI: 29 individu dikaitkan GISBH direman 7 hari di Mahkamah Shah Alam

BACA LAGI: Isteri kedua CEO GISBH antara 30 kena 'angkut' dalam serbuan di Kelantan

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar, yang menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

dalam dalam

Retha didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000. — Agensi/FMT

Peguam N. Villasini memohon jaminan yang lebih rendah berikutan tertuduh merupakan ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun, mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung selain telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Ia menetapkan 18 Oktober untuk sebutan seterusnya dan penyerahan dokumen. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram